Thứ Hai, 5 tháng 12, 2011

Oh Tidak! Robert Pattinson Kantoi Dating Wanita ‘Disturbia’!

Minggu lalu boleh dikatakan minggu bebas ‘Kristen Stewart’ apabila aktor siri francais ‘Twilight’ ini dikatakan menikmati malam minggu di La Poubelle, Los Angeles bersama wanita yang dikenali sebagai Sarah Roemer.

Salah satu foto yang diambil oleh celebuzz.com, menunjukkan aktor berusia 25 tahun ituu sedang menaiki sebuah kereta di mana aktress berusia 27 tahun ituu sedang menantinya. Robert dilihat mengenakan baju-T dipadankan dengan jaket rona gelap serta memakai topi.

Salah seorang saksi yang turut berada di dalam bar memaklumkan bahawa Rob dilihat berkali-kali memandang kiri dan kanan seolah-olah mengelak daripada jadi perhatian para wanita di bar tersebut.

“Setiap wanita yang ada di bar tersebut cuba mendekatinya namun, Robert menolak mereka dengan cara baik dan cuma seorang wanita saja yang berjaya mencuri tumpuannya. Akhirnya wanita tersbeut meninggalkan bar bersama-sama Robert,” ujar salah seorang saksi.

Sarah merupakan salah seorang bintang filem ‘Disturbia’ (207) bergandingan dengan Shia LaBeouf. Selain itu, dia juga turut pernah membintangi filem ‘Locked Up’, ‘Waking Madison’ dan ‘The Con Artist’.

Aktres yang memulakan kariernya sebagai peragawati itu turut pernah bergandingan dengan Kristen Stewart menerusi sebuah filem pendek bertajuk, ‘Cutlass’.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến