Thứ Hai, 5 tháng 12, 2011

Luahan Hati Pembaca : Hentikan Gosip Yang Menjatuhkan Semangat Pemain Harimau Malaya

Di sini saya ingin meluahkan perasaan kecewa yang teramat sangat setelah mendapat tahu Khairul Fahmi Che Mat (Apek) secara tidak rasmi meminta pelepasan dari pihak FAM supaya dia tidak akan mewakili negara dan bersara dari peringkat antarabangsa. Semua dah tahukan apa sebabnya kan? Puas hati semua pihak yang tak habis-habis nak menjatuhkan dia.

Semua orang ada lakukan kesilapan, tapi perlukah nak hebohkan benda tu semua? Bukan tu saja, baru-baru ni terdengar juga gosip yang mengatakan Neelofa akan keluar dengan Nazmi Faiz. Nazmi budak 17 tahun tu sangat berbakat dan ada masa depan yang cerah. Kenapa perlu mengaitkan dia dengan gosip murahan itu. Tak ambil iktibar ke dengan apa yg dah berlaku? Sikit-sikit nak gosip dengan artis A, artis B. Dah muak sangat!

Sebelum mereka popular, nama pemain tak kenal, posisi pemain pun tak tahu, kan? Apabila dah popular, mula la nak himpit sana-sini. Peminat-peminat bola sepak yang dah lama menyokong mereka hanya mampu tengok dari jauh. Masa tu baru puas hati kan semua orang. Ong Kim Swee pernah menyebut sesuatu mengenai peranan media dalam sesi temubual bersama wartawan yang saya lihat dalam youtube. Ada seorang wartawan yang tak reti bahasa telah menanyakan soalan bodoh iaitu “Adakah perlawanan menentang Syria pada kelayakan olimpik tak dianggap penting?”

Bayangkan ketika itu para pemain yang keletihan baru tiba di KL, tiba-tiba ditanya soalan yang mempunyai unsur untuk cuba menjatuhkan semangat pemain. Ong Kim Swee cakap wartawan di Indonesia sentiasa membakar semangat penyokong serta pemain walaupun mereka tewas. Wartawan Malaysia ni pula seolah-olah cuba untuk menghilangkan keyakinan penyokong terhadap pemain bola sepak.

Jujurnya, media memang memainkan peranan yang penting tapi bukan dengan cara gosip-gosip murahan ya! Secara tak lansung insiden sedemikian dapat menghilangkan fokus pemain. Sudah, hentikan semua gosip tu, biarla mereka dengan kehidupan mereka. Tak payah nak kacau hak peribadi mereka kerana mereka bukan ARTIS. Saya sebagai penyokong setia bola sepak sangat kecewa apabila hal ini berlaku. Bertambah kecewa sekiranya Khairul Fahmi tidak mahu wakil negara lagi.

Macam ni mampukah Harimau Malaya bertahan lama? Saya sangat sayangkan Harimau Malaya sentiasa mendoakan kejayaan mereka, menyokong mereka walaupun berkali-kali mereka jatuh.

Kepada pihak media yang tertentu, jangan cuba mencampuri hak peribadi mereka. Biar apa yang sudah berlaku itu dijadikan sebagai pengajaran buat semua orang termasuk pemain-pemain bola sepak kita. Buat Harimau Malaya, jangan cepat melatah dengan gosip-gosip yang menjatuhkan anda sekaligus akan menjejaskan prestasi permainan anda. – Qatrunnada Ika


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến