Kepada penggemar filem Bollywood, pasti anda tahu siapa Dev Anand bukan?
Dilaporkan semalam bahawa pelakon yang popular dengan pelbagai watak romantik ini telah meninggal dunia pada usia 88 tahun di sebuah hotel di London ketika sedang tidur. Dia dikatakan meninggal kerana mengalami masalah kegagalan jantung ketika tidur dan dia sepatutnya menjalani rawatan di London bersama anaknya, Sunil Anand.
Antara pelakon yang turut sedih dengan pemergian Dev Anand, Amitabh Bachchan telah menyuarakan isi hati di akaun Twitter peribadinya.
Just reading news about Dev Saheb.. praying it is not true… He was such a positive person.. never associated death with him..
Perdana Menteri India, Manmohan Singh turut mengucapkan takziah atas pemergian pelakon popular ini.
Dev Anand was a great artiste who entertained generations of cinema lovers over five decades. He was an embodiment of a life long passion for acting and film making. I join millions of his fans in mourning his death.
Sepanjang hidupnya, Dev Anand telah menerima hampir 3 anugerah dari Filmfare Award – setaraf Oscar Award, dan lebih 20 penghargaan dan anugerah lain sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan Bollywood.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét