Beralih seketika daripada keriuhan gig mahupun pesona pentas yang energetic, vokalis kumoulan Hujan, Noh Salleh bakal membuat kemunculan debut-nya di layar perak menerusi sebuah filem taruhan kedua pengarah sensasi, Namawee bertajuk ‘Hantu Gangster’.
“Saya begitu teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan Noh Hujan dan menganggap ia sebagai satu penghargaan besar kepada saya kerana dia sudi membintangi filem ‘Hantu Gangster’,”
“Saya sememangnya mengagumi kehebatan karya muzik Hujan dan saya percaya kemunculan Noh pasti dinanti-nantikan ramai apalagi filem ini merupakan kemunculan pertamanya di layar perak,” ujar Namawee dipetik dari laman mStar.
Selain menyaksikan penampilan buat julung kali Noh dalam bidang lakonan, filem terbitan Fred Chong ini turut menyaksikan Hujan tampil dengan sebuah lagu tema, ‘Hantu Gangster’.
Dibintangi Noh Hujan, Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijuddin Bakar serta beberapa lagi penampilan istimewa, ‘Hantu Gangster’ menaratifkan kisah komedi seram tiga kumpulan gangster dari latar belakang dan budaya berbeza, berganding bahu dalam memepertahankan keluarga mereka melalui bantuan seorang pencuri.
Namawee sebelum ini sukses dengan filem debut arahannya, ‘Nasi Lemak 2.0′ yang mendapat kutipan lebih daripada TM7 juta sekaligus memecahkan tradisi perfileman Cina. Walaubagaimanapun filem tersebut gagal dalam mendapatkan skim rebat cukai kerajaan kerana tidak melalui Skim Wajib Tayang.
Filem itu baru-baru ini ditayangkan di acara berprestij Film Festival Antarabangsa Golden Horse, Taipei dan ditayangkan di Singapura.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét