Berkesempatan bertemu dengan pelakon drama ‘Cinta Elysa’ yang telah meletup-letup di slot Lestary, TV3 baru-baru ini di majlis sidang media filem ‘Penanggal’ arahan sulung dramatis, Ellie Suriaty, OHBULAN! Akui terpukau dengan kejelitaan ‘Elysa’ ini. Siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha.
Datang sedkit lewat gara-gara sibuk di lokasi penggambaran, Fasha anggun mengenakan gaun pendek rona kelabu hitam paras lutut dipadankan dengan kasut tumit tinggi rona burgundy’. OHBULAN! melihat susuk tubuh (tanpa sebarang prasangka) Fasha tampak berbeza dengan penampilannya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran majalah Lisa awal November lalu, memakai gaun rona jingga yang agak ‘daring’ namun sedikit berisi.
Sama ada melakukan diet, maklumlah tahun depan katanya aktres ini bakal menamatkan zaman solo, justeru seharusnyalah lemak berlebihan dibuang, agar apa saja potongan gaun kahwin nanti nampak cantik disarung ditubuh atau mungkin saja berdiet untuk kesihatan. Tidak dapat dinafikan aura bakal pengantin itu jelas dapat dilihat. Apakata anda menatap enam foto Fasha nan jelita ini puas-puas semasa dia masih solo ni… :) Maklumlah lepas dah kahwin nanti, kelibatnya akan jarang muncul.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét