Inginkan kelainan dalam hiburan? Teater mungkin jadi pilihan!
Bermula 9 – 10 Disember ini, sekumpulan pelajar berbakat akan mementaskan teater berjudul “Mata Ringgit” bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
Pengarah teater ini, Nurul Ain Othman bakal menampilkan Noor Atiqah Zulkifli, Muhamad Aznujaimie Mustafa dan Mohd Hairul Anuar Misran sebagai pelakon utama teater ini. Kesemua mereka adalah pelajar tahun akhir jurusan Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam.
“Mata Ringgit” mengisahkan Mona, seorang wanita cantik yang telah berkahwin dengan seorang lelaki berusia yang berada. Namun, suaminya diserang penyakit kanser lidah dan ditahan di hospital. Mona didatangi seorang lelaki iaitu Iskandar yang cuba menggodanya namun menggunakan alasan untuk berjual beli.
Mona bertindak menjual barangan di rumahnya seperti marmar, kerusi sehingga katil untuk mengelakkan Iskandar itu daripada terus berada di rumahnya.
Dalam masa yang sama, tiga orang cucu tiri Mona, Helmi, Erin dan Sabri muncul untuk menuntut harta pusaka setelah menyedari keadaan datuk mereka yang terlantar di hospital. Mereka bertindak mengambil wang hasil jual beli antara Mona dan Iskandar. Apakah yang akan terjadi kepada Mona dan barangan kepunyaannya?
Tiket hanya RM10, jadi apa tunggu lagi? Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai “Mata Ringgit” di Facebook Teater Mata Ringgit dan Twitter Teater Mata Ringgit sekarang!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét