Thứ Ba, 6 tháng 12, 2011

“Suatu Hari Nanti” Oleh Keroz Nazri Adalah OST Filem “Azura 2011″!

Mungkin masih ramai yang belum tahu, filem “Azura 2011″ lakonan semula Neelofa dan Shah Jaszle bakal ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Namun begitu, soundtrack filem ini sudah mula di-upload ke Youtube untuk para peminat diluar sana. Lagu bertajuk “Suatu Hari Nanti” nyanyian Keroz Nazri ini benar-benar memikat halwa telinga OHBULAN!. Liriknya juga turut memberikan maksud-maksud yang tersirat terhadap pendengar.

Dinyanyi dan dicipta oleh pemenang tempat ketiga program mencari komposer di sebuah stesen TV, ‘Keynote’, Keroz pernah mencipta lagu-lagu yang digubah untuk beberapa penyanyi-penyanyi di Malaysia termasuklah Alif Satar, Noryn Aziz, Black, Alyah dan Zainal Abidin. Lagu berjudul “Suatu Hari Nanti” ini adalah single pertama Keroz sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Selain itu, dia juga bertanggungjawab untuk mengajar vokal dan mencipta lagu tema untuk program realiti ”Kamilah Bintang” yang diterbitkan oleh stesen TV tempatan. Sebelum ini, Keroz pernah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Linda Jasmine Studio, Management & Science University (MSU) dan juga Cyberjaya University College of Medical & Science untuk vokal.

Jadi, tak mahu bercerita panjang, anda dengarkan single pertama dari Keroz Nazri selepas ini!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến