Kawan kepada bintang realiti sensasi dan kontroversi yang juga merupakan seorang bintang ‘Spin Crowd’, Jonathan Cheban telah diserang tepat ke muka menggunakan tepung gandum oleh sekumpulan penyokong bekas suami kepada Kim Kardashian, Kris Humphries.
Menurut TMZ.com, Jonathan telah menerima beberapa ugutan selepas aktor tersebut mengumumkan untuk menyaman Kris Humphries kerana berang dengan tindakan bintang NBA itu yang menggelar dirinya ‘gay’ di TV.
Semenjak itu, Jonathan khabarnya telah memperketatkan sistem keselamatan bagi mengelak dari sebarang ancaman ketika menghadiri sebuah majlis bertempat di butik milik Kim, tetapi malangnya pengawal keselamatannya yang berbadan sasa tidak mampu menghalang serangan ganas penyerang meski hanya ‘bersenjatakan’ tepung!
Menurut salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian, tidak syak lagi sasarang penyerang ditujukan kepada Jonathan kerana sebelum serangan ‘baling tepung’, terdapat beberapa orang yang menjerit, “yang ini untuk Kris Humphries!” Pihak polis walaubagaimanapun, tidak dapat mengenal pasti identiti pelaku tersebut.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét