Chủ Nhật, 11 tháng 12, 2011

Jennifer Aniston Tewaskan Angelina Jolie!

Dipuji dek sikap seksi, funny dan seorang yang real, heroin filem ‘Horrible Bosses ini mengungguli carta undian majalah Men’s Health, ‘Hottest Women of All Time’  menewaskan Marilyn Monroe, Britney Spears, Madonna dan paling penting, Aniston turut menewaskan kekasih bekas suaminya yang sebelum ini dicanang antara wanita paling cantik di dunia, Angelina Jolie, yang hanya mampu berada di kedudukan ke 10.

“Pesonanya yang kelakar dan merendah diri membuatnya senang untuk didekati. Dan sesiapa saja yang menonton Aniston dalam filem ‘Office Space’ tentu saja bersetuju bahawa dia memiliki paras rupa menawan,”

“Dan kisah cintanya di luar skrin mengundang inspirasi dan simpati. Kebanyakan simbol seks tentu akan berubah apabila berada di satu tahap kehidupan mereka lalu menjadi seorang ikon yang biasa-biasa saja. Berbeza dengan Aniston, dia tetap kekal seksi, kelakar dan jelas seorang yang real,” ujar jurucakap Men’s Health ketikaamenjelaskan pemilihan aktres berusia 42 tahun itu yang diundi oleh para pembaca majalah tersebut.

Berikut adalah senarai keputusan undian Top 10 Hottest Woman of All Time oleh Men’s Magazine:

  1. Jennifer Aniston
  2. Raquel Welch
  3. Marilyn Monroe
  4. Britney Spears
  5. Madonna
  6. Ursula Andress
  7. Bettie Page
  8. Pamela Anderson
  9. Jane Fonda
  10. Angelina Jolie

Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến