Thứ Ba, 27 tháng 12, 2011

Kia Optima K5 2.0 launched – RM143,888 on-the-road

The much-anticipated Kia Optima K5 has been launched – the D-segment offering was introduced earlier today at Naza Kia Malaysia’s new flagship Kia Red Cube outlet in Petaling Jaya. The car arrives in a single engine variant form, this being a 2.0 litre Theta II MPI mill offering 165 PS at 6,200 rpm and 198 Nm at 4,600 rpm, with a six-speed automatic transmission in attendance.

It’s pretty spot on the dot as to what we speculated earlier in our leaked brochure story, as far as specifications and features go. Pretty much the entire list of items that was bandied are on, and it’s a comprehensive list.

For starters, there are auto-leveling HID xenon headlamps and LED-daytime running lights, front fog lamps, LED rear combination lamps, machine-finished 18-inch, 10-spoke flush-faced alloy wheels, rear lip spoiler and gull-wing folding side mirrors. The car comes with a single tailpipe, as opposed to the twin units in the 2.4 GDI version we
drove earlier in the year in Australia
.

Inside, the K5 features a leather interior, a supervision cluster and a multifunction four-spoke steering wheel with paddle shifters and controls for audio, ECO-driving, auto cruise-control. There’s also a six-CD changer audio system with an eight-speaker (not seven, as speculated) Infinity speaker system, replete with Aux, iPod and USB connectivity.

Other items include dual-zone auto air-conditioning, full-width three-piece panoramic glass sunroof, push-button start/stop, illuminated door scuff plates and USB connectivity, as well as a tailgate-mounted reversing safety camera with interior mirror LCD display monitor.

The driver gets an 8-way electronically-controlled seat with an integrated memory seat function, which retains settings for two drivers based on their seating position. In terms of safety, the car comes equipped with six airbags (dual front, front side and full length-curtain) and an electronic stability programme incorporating ABS, EBD, TCS, brake assist and hill-start assist control.

There are also large brake discs for improved braking performance, front active headrests, child seat fixtures at the rear and speed-sensing auto door locks.

It also wears HPD (high performance dampers) as part of its suspension setup, though the units in the local K5 aren’t the Sachs dampers with the Australian-defined tune, but rather a slightly softer tune to accommodate our diverse road surface conditions; we’re told that it offers enhanced handling without sacrificing ride comfort.

Three external shades are available, these being Snow White Pearl, Bright Silver and Platinum Graphite, and the Optima K5 goes for RM143,888, on-the-road.

Elsewhere, a bit on the Kia Red Cube, which is the second such Kia outlet in the ASEAN region. The 3S (sales, service and spare parts) centre features the company’s new modern space identity, and will serve as NKM’s flagship ‘store’ in the country. Another Kia Red Cube is due in 2012, either in the northern or southern region.

DSC_6114DSC_6101DSC_6110DSC_6118DSC_6127DSC_6129DSC_6131DSC_6112DSC_6121DSC_6103DSC_6106DSC_6104DSC_6097DSC_6094DSC_6137DSC_6117DSC_6123DSC_6128DSC_6108DSC_6125_DSC9741_DSC9760_DSC9778_DSC9781_DSC9793_DSC9868_DSC9872_DSC9874_DSC9882_DSC9886_DSC9889_DSC9898_DSC9900_DSC9907_DSC9913_DSC9914_DSC9917_DSC9921_DSC9925_DSC9926_DSC9931_DSC9937

© 2011 Paul Tan's Automotive News. All Rights Reserved.

This story originally appeared on Paul Tan's Automotive News on Tue, 27 Dec 11 14:20:36 +0000.

Related Posts

No related posts.


Link to full article

Kenyataan Media Dato’ Seri Anwar Berkaitan ETP

Saya meneliti jawapan kerajaan Dato’ Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009. Angka itu menunjukkan selepas berbilion ringgit dibelanjakan, hanya penambahbaikan yang tidak seberapa.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.
 
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA


Link to full article

Usaha Mencetuskan Huru-Hara Pada 9 Januari 2012 – Satu Lagi Usaha Fitnah UMNO

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggotaKEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum KEADILAN, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT
27 DISEMBER 2011


Link to full article

Pramugara Jadi Pilihan, Azza Elite Nikah Tahun Depan!

Benarlah kata pepatah, ‘patah tumbuh hulang berganti’, setelah sekian lama hidup bersendirian tanpa kehadiran seorang lelaki bergelar suami, bekas penyanyi kumpulan wanita, Elite, Azza atau nama sebenarnya Azzarima Zawari akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara awal tahun depan.

Azza yang ditemui ketika majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, MFace baru-baru ini menyatakan keputusan mendirikan rumah tangga diambil setelah status janda dan kehadiran anak perempuannya, Marissa Janna, 6, diterima baik oleh teman barunya itu.

“Selain raut wajahnya yang menarik dan agak comel, hati saya tertarik melihat sikap keterbukaannya untuk menerima saya dan anak.

“Dia juga seorang lelaki yan sangat baik terhadap saya dan tidak pernah mengguriskan hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjada,” ujar Azza.

Tambahnya lagi, atas keserasian dan persefahaman yang baik dengan jejaka tersebut itulah yang mendorongnya untuk menyegerakan perkahwinan mereka.

“Sepanjang bersama, kami masing-masing mudah untuk menyesuaikan diri dan keadaan. malah kami selalu mencapai kpersefahaman dalam perbincangan bersama, jadi InsyaAllah, kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Walaubagaimanapun saya tidak dapat memberikan tarikh yang tepat kerana masih terlalu awal untuk mengumumkannya. Tunggu masa yang sesuai nanti, saya akan beritahu,” ujarnya penuh ceria.

Azza sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suami penyanyi Camelia, mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada Februari 2001 sebelum bercerai pada November 2004. Terbaru, penyanyi yang masih ligat menyanyi di majlis-majlis korporat ini bakal keluar dengan single terbaru ciptaan Eddy Abd Halim bertajuk, ‘Kau Boleh Jalan’.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Thứ Hai, 26 tháng 12, 2011

    Tampil Ala Madonna Untuk GLAM: Dato’ Siti Nurhaliza Sedia Dikritik!

    Jauh berbeza daripada pesona norma dirinya yang sering dilihat lewat dada akhbar, kaca televisyen mahupun penampilannya sebagai perias muka depan mana-mana majalah sebelum ini, empat foto penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza muncul untuk majalah GLAM isu Januari 2012, sememangnya telah berjaya menarik perhatian ramai.

    Apa tidaknya, Siti yang acapkali tampil dengan gaya scarf menutupi bahagian kepalanya kali ini muncul sebagai reinkarnasi ikon dan Ratu Pop antarabangsa, Madonna menghiasi 12 halaman muka surat majalah GLAM dalam empat lagak gaya berbeza inspirasi daripada pesona Madonna menerusi album ‘Material Girl’, album ‘Rain’ seterusnya berubah kepada pesona gadis negara matahari terbit yang diinspirasi daripada klip video Madonna, ‘Nothing Really Matters’ selain tampil comel menjadi karekter Minnie Mouse persis gaya Madonna menerusi foto yang diambil oleh jurufoto tersohor, Herb Ritts.

    Seperti biasa meski se-glam dan betapa berbezanya penampilan Siti dalam foto muka depan bertaraf lima bintang itu, tidak dapat dinafikan foto tersebut menjadi bualan ramai apabila ramai mempersoalkan penampilannya yang agak kontra dengan gayanya berselendang atau beserkup menutupi bahagian rambutmya. Siti menerusi rakaman wawancara program hiburan Gala TV menyatakan, dia sudah mempersiapkan diri menghadapi segala kecaman dan kritikan masyarakat terhadap dirinya berhubung aksi-aksi foto ala Madonna menghadapi kritikan pedas daripada masyarakat.

    “Apabila Siti bersetuju untuk melakukannya, itu bermakna Siti sudah berdia untuk masyarakat khususnya peminat untuk berkata apa saja.

    “Siti pernah beberapa kali bekerjasama dengan pasukan kreatif GLAM sebelum ini, Apabila diberitahu yang konsepnya berdasarkan selebriti antarabangsa yang cukup sensasi, Madonna, Siti terus bersetuju sebab tahun mereka akan menghasilkan gambar-gambar yang menarik,” jelas Siti.

    Pengarang atau Editor GLAM, Suzie Adnan dalam satu kenyataan bertulis kepada portal murai turut menyatakan bahawa Dato’ Siti amat menitik beratkan imejnya yang berselendang dan mengikut kesesuaian majlis.

    Justeru, untuk penggambaran muka depan majalah tersbeut, Siti bgitu terperinci mengenai cara pasukan kreatif GLAM menata gayanya lebih-lebih lagi pada bahagian kepala.

    “Untuk cover Glam, Dato’ Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya, malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak menutupi bahagian rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini,” ujar Susie yang turut menyatakan idea dan konsep foto itu datang sepenuhnya dari team GLAM.

    Selain foto reinkarnasi Madonna yang pastinya menjadi tarikan utama, apa yang menarik dalam GLAM isu Januari 2011 ini adalah perkongsian selera gesyen Siti yang kini semakin menggemari koleksi Chanel selain bercerita mengenai perancangannya untuk meluaskan lagi empayar produk kosmetiknya, SImplusiti serta hasratny membuka sebuah spa kecantikan.

    Untuk mengetahui lebih banyak kisah menarik Siti serta banyak lagi paparan menarik, jangan lupa dapatkan naskah GLAM edisi pembuka tirai 2012, Januari, yang akan berada di pasaran sedikit masa saja lagi.

    materialgirlminnierain

     


    Link to full article

    Bài đăng phổ biến