Kalau Jennnifer Lopez demand bilik suitenya dicat dan dilengkapi dengan perabot bewarna putih, bunga Lily dan Mawar putih, lilin putih yang diletakkan di tempat sesuai menggunakan haruman wangian dari Perancis, ‘Diptyque’. Untuk lena beradu diulit mim[i, dia turut meminta cadar mestilah diperbuat dari kain kapas Egypt yang sekurang-kurangnya menggunakan 250 lingkaran benang.
Perghh!!! itu baru demand pelik seorang diva. Belum masuk lagi demand ‘diva in the making’ yang popular dengan lagu ‘Someone Like You’, yang antaranya meminta agar tidak dijauhkan dari rokok, alkohol & coklat.
Adele, 23, yang kini sedang dalam dalam pasca berehat selepas menjalani pembedahan kerongkong baru-baru ini telah menyenaraikan beberapa barang yang harus disediakan sekembalinya dia nanti untuk siri konsert jelajah US.
Antara barang yang dikehendakinya adalah rokok jenama Marlboro Lights, buah anggur berkualiti tinggi, bir buatan Eropah seperti Becks, Stella Artois dan Peroni dan menolak keras bir buatan US yang dirasakan kurang sesuai dengan ‘tekak’ orang Eropah seperti dirinya.
Selain itu juga, Adele menginginkan roti sandwich tanpa tomato, cuka, cili, buah Sitrus juga beberapa jenama coklat seperti Twix, Aero, milky Way dan Mars disediakan didalam biliknya selain gula-gula getah dan madu.
Apa yang menarik, Adele tidak hanya meletakkan makanan, minuman dan rokok di dalam senarai tersebut malah meminta sesiapa yang menghadiri konsertnya dengan tiket percuma wajib menyumbang minimum USD20 seorang dalam bentuk tunai, untuk disalurkan kepada SANDS (Stillborn and Neonatal Death Charity) WAJIB dan tiada pengecualian.
Penyanyi kelahiran London yang menguasai carta lagu dunia, sebelum ini telah membatalkan semua siri konsert jelajah kerana menjalani pembedahan kerongkong yang telah membuatkannya tidak dapat bercakap sehinggalah minggu lepas. Wahh bila dah semakin sembuh, makin besar pula demand si Adele ini, lepas geram agaknya.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét