Chủ Nhật, 4 tháng 12, 2011

“Saya Tak Mengandung & Tak Pernah Mengandung!” – Melia Aimiellia, Heroin Karipap-Karipap Cinta.

Baru-baru ini, Melia Aimiellia telah menghubungi wartawan OHBULAN! mengenai isu yang sedang melanda dirinya sekarang. Dikhabarkan telah kecoh satu produksi mengenai dirinya yang telah difitnah.

Paling memalukan gadis berusia 18 tahun ini apabila fitnah ini mengatakan bahawa dirinya pernah mengandung.

Masa di sebuah produksi, ada seorang artis datang dan memegang perut Melia Aimiellia dan terus bertanya dimanakah kandungan dalam perutnya.

“I terkejut, bila masa I pregnant? Seluruh produksi kecoh taknak ambil I berlakon sebab khabar angin kata I mengandung. Dorang tuduh macam tu sebab dorang tengok badan I dah makin berisi,” ujar Melia memulakan perbualan.

“Yang I hairan, siapa dalang sebarkan khabar angin camni? Dia kata sume orang tau pasal cerita ni dan orang bertanggapan yang I dah gugurkan kandungan I sebelum ni. Jadi sekarang I nak bersihkan nama I.”

Melia yang kecewa dengan tuduhan melulu ini turut mencabar kepada orang yang membuat khabar angin palsu ini agar tampil kehadapan dan tunjukkan bukti yang ada.

“I tanya balik, mana bukti? Mane surat, urine test, dan sape doktor yang buat kalau betul I gugurkan kandungan? Kalau berani, siapa yang sebarkan cerita macam ni tampil kedepan bawak bukti dan tunjukkan. Cara macam ni boleh tutup periuk nasi I tau?”

Ditanya siapakah yang memaklumkan kepada Melia mengenai hal ini, dia menjawab,

“Yang beritahu I ni, kawan artis I juga. Dia yang bagitahu dah ramai orang cakap I gugurkan kandungan. Dorang cakap, “Melia badan kembang sebab baru lepas beranak, sebab tu la Melia dah lama senyap.”

“Cuba cakap kembang pasal makan ke, ni tak, asal kembang, pregnant!

“Yang pasti, I tak mengandung dan I tak pernah mengandung!” ujar Melia mengakhiri perbualan bersama OHBULAN!.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến