Thứ Hai, 19 tháng 12, 2011

‘Penanggal’ Taruhan Sulung Ellie Suriaty Bawa Biduanita Negara, Dato Sharifah Aini Ke Layar Perak Semula!

Namanya gah di dalam dunia seni lakonan sebagai seorang pelakon yang versatil. Bagilah apa saja watak, daripada watak humor ringan ke gadis kampung suci murni ke watak anak derhaka seterusnya ke watak ‘tiga suku’ mahupun watak wanita kelas elit yang punya muslihat jahat penuh kejahatan, semuanya semudah petik jari digalas Elly Suriaty tapi impaknya, sangat terkesan di hati penonton.

Namun Elly nyata tidak mahu berdiri dan terus diingati sebagai seorang pelakon berprolifik saja, terbaru, pelakon yang kini hamil empat bulan menebarkan sayapnya pula kepada bidang pengarahan filem menerusi filem pertama bertajuk ‘Penanggal’.

Filem seram klasik yang berlatar belakang tahun 1030-an ini merupakan kolaborasi pertama kali antara dua produksi gergasi, Astro Shaw dan Grand Brilliance yang memakan belanja sebanyak RM2.1 juta selain buat julung kalinya menggunakan khidmat pengarah wanita di dalam pengarahan filem.

Apa yang menariknya, selain menyaksikan kemunculan semula aktor yang juga merupakan suami Elly sendiri, Azri Iskandar selepas filem terakhir  yang menampilkan dia sebagai teraju utama menerusi, ‘Perempuan Melayu Terakhir, ‘Penanggal’ turut membuat menyaksikan penampilan khas Dato Sharifah Aini yang memegang watak sebagai Shatifah Aminah, ibu kepada Syed Yusof ) lakonan Azri Iskandar).

Bersama barisan pelakon ‘Penanggal’ yang hadir pada sidang media filem ‘Penanggal’ di Restoran Al-Andalus, baru-baru ini.

Mengangkat tema seram dan menjadikan ‘Penanggal’, makhluk seram berkepala tanpa tubuh sebagai subjek sekaligus taruhan debut arahannya, Elly menyatakan, idea untuk menghasilkan filem ini mulai timbul sejak tiga, empat tahun yang lalu. Malah baginya, ‘Penanggal’ tidak sama seperti kebanyakan makhluk-makhluk halus atau hantu-hantu yang acapkali diperkatakan oleh umum.

“Saya sebenarnya tertarik dengan cerita-cerita yang disampaikan kepada saya mengenai ‘Penanggal’. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ‘Penanggal’ tidak sama dengan hantu-hantu lain. Ia adalah manusia yang mengamalkan imu hitam,”

“Justeru, saya ingin mengetahui bagaiman seorang manusia ‘jadian’ seram ini boleh hidup sebagai ‘Penanggal’, makhluk berkepala tanpa tubuh yang turut menampakkan isi perutnya ini hidup sebagai mahluk seram dan dalam pada masa yang sama hidup sebagai manusia,” jelas Elly yang turut pernah membawa watak ‘Penanggal’ sebelum ini untuk sebuah persembahan kolaborasi dengan teater Jepun.

Menampilkan suaminya sendiri iaitu Azri Iskandar sebagai pemegang watak utama selain lakonan mantap oleh Ummi Nazeera, fasha Sandha, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman, kuswadinata, Latif Borgiba dan ramai lagi, ‘Penanggal’ telahpun memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu dan dijangka akan tamat penggambaran pada 26 Januari 2012.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến