Thứ Hai, 5 tháng 12, 2011

Panas! Khairul Fahmi Bersedih, Adik Kandung Meninggal Dunia!

Takziah buat penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atas pemergiaan adik tersayang.

Baru sahaja mendapat berita ini tadi dari sebuah laman hiburan tempatan, dikhabarkan adik kandung Khairul Fahmi atau mesra dipanggil Apek telah meninggal dunia pada jam 11.15 AM tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Punca kematian adalah disebabkan demam denggi.

Adik Apek atau  Mohd Amirul Izzat yang baru berumur 16 tahun sebelum ini telah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama 15 hari. Apek ketika ditemubual turut menyatakan,

Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Jenazah adik Apek selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Wakaf Mek Zainab. Al – Fatihah.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến