Chủ Nhật, 4 tháng 12, 2011

Monday Music : “Babak Cinta” Oleh Tengku Adil, Superb!

Segmen Monday Music kali ini, OHBULAN! ketengahkan penyanyi yang mula mencipta nama seawal remaja lagi.

Tengku Adil adalah seorang penyanyi dan penulis lagu yang berpusat di Kuala Lumpur. Lagunya menggabungkan muzik pop rock dengan pengaruh nasionalisme, blues dan soul. Lirik lagunya turut menyelitkan unsur kehidupan, kasih sayang dan juga meluahkan dirinya melalui muzik blues. Idolanya termasuklah John Mayer, Ray Charles, Jimi Hendrix, BB King, Sting, M Nasir, P Ramlee, Sheila On 7, Gigi dan Padi.

Dia mula menyanyi pada usia 11 di pertandingan sekolah dan majlis rasmi dan pada umur 13 tahun, Tengku Adil belajar bermain gitar. Pada ketika ini jugalah dia mula belajar menulis lagu.

Pada usia 19, dia menyertai pertandingan realiti TV pertama, Anugerah 2003 dan layak ke Top 30 finalis. Ini adalah titik perubahan di dalam hidupnya dan sejak dari situ, dia mengambil keputusan untuk meneruskan kerja nyanyian secara profesional. Pada tahun 2006, dai menyertail Singapore Idol dan hanya layak sehingga ke Top 30 juga.

Pada tahun 2008, dia mengeluarkan album debutnya sendiri dan menerima 4/5 bintang dari pengkritik muzik, Saniboey Ismail. Single terbarunya, Babak Cinta, dihasilkan oleh Hang Dimas Hujan dan direkodkan di Kamarseni Studio milik AG Coco (Hujan). Lagu ini ditulis bersama oleh Tengku Adil, Hang Dimas dan Awi Rafael.

Kepada anda diluar sana yang menginginkan lagu menarik, Tengku Adil adalah pilihan paling tepat anda. Layankan single Tengku Adil, “Babak Cinta” selepas ini.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến