Thứ Năm, 8 tháng 12, 2011

‘Draco Malfoy’, Tom Felton Nyaris Maut Diserang Babun!

Bintang filem français ‘Harry Potter’ hampir-hampir maut semalam selepas diserang oleh seekor babun ketika dia sedang duduk di balkoni bilik hotelnya di Africa Selatan.

Aktor kelahiran British ini yang ironinya pernah memegang watak sebagai warden sekumpulan beruk menerusi filem ‘Rise of the Planet of the Apes’, khabarnya ketika ini sedang berada di africa bagi menjalani penggambaran film baru bertajuk, ‘Labyrinth’ dan mengambil keputusan bercuti sehari untuk safari trip. Dalam erti kata lain, berjalan-jalan menikmati hidupan di dunia safari dengan mengunjungi taman Safari.

Namun usaha Tom untuk ‘bergabung’ liar di Africa barangkali agak keterlaluan sehinggakan seekor babun (yang kemungkinan telah jatuh hati dengan Tom Hehehe) mulai mengikutinya sehingga ke hotel tempat dia menginap.

“Berjalan-jalan ke Taman Safari hari ini memberikanku pengalamn luar biasa tentang haiwan-haiwan Afrika… Aku juga nyaris mati oleh seekor babun yang tiba-tiba melompat dari atap balkoni ketika aku sedang membaca skrip. Apa lagi, berlari tunggang langgang masuk ke bilik aku jadinya,” ujar Tom lewat kenyataan di laman twitter-nya.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến