Thứ Hai, 5 tháng 12, 2011

“Dadah Bukan Cara Untuk Lepaskan Tekanan” – Nadhira Respon Kematian Amy Winehouse

“Memang menyedihkan apabila kematian Amy Winehouse berpunca daripada pengambilan dadah yang berlebihan. Mungkin dia ambil dadah sebab terlalu sedih, atau nak melarikan diri daripada masalah dunia. Tapi, kesilapan itu telah meragutkan nyawanya. Itulah yang terjadi kepada pelantun suara lagu Rehab,” ujar Nadhira yang ditemui di majlis pelancaran album terbaru Amy Winehouse berjudul Lioness: Hidden Treasures di The Curve, lewat petang semalam.

“Dadah bukanlah cara terbaik untuk melepaskan tekanan. Dan pemilihan kawan yang betul juga adalah penting. Kadang-kadang, kehidupan sosial kita ni bergantung pada orang sekeliling. Orang itulah yang akan mempengaruhi kita, sama ada baik atau buruk.”

Nadhira yang dikenali melalui lagu hit single berjudul Tear Us Apart juga menyatakan saat pertama kali dia mengenali Amy Winehouse kepada wartawan OHBULAN!

“Sudah agak lama saya mendengar lagu-lagu Amy Winehouse. Pada saya dia memang unik, sangat berlainan daripada mana-mana penyanyi antarabangsa. Dia membawa identiti tersendiri dan tahu membawa diri sebagai orang yang dikenali ramai. Ramai orang mengenali Amy Winehouse melalui lagu hit Rehab, saya telah mendengar lagunya sebelum dia popular lagi.”

Nadhira menyatakan sambutan kepada album pertamanya amat mengalakkan dan ramai pendengar memilih untuk membeli lagu-lagu melalui laman iTunes.

“Sekarang memang musim orang beli lagu melalui laman iTunes, alhamdullillah sambutan amat mengalakkan. Berita baiknya, atas sambutan ini juga saya akan muncul dengan album ke-2, akan dipasarkan mulai Mei tahun depan,” kata Nadhira mengakhiri temubual bersama OHBULAN!

Anda yang masih belum mengenali Nadhira boleh berhubung dengan dia melalui laman Twitter @Nadhiramusic atau hook-up dengan lagu Tear Us Apart, selepas ini.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến