“He is star! Tomok seorang yang berbakat, rendah diri, fun, mempunyai vokal yang mantap dan kami senang bekerjasama dengannya.” ujar vokalis band Rock Indie Britain, One Night Only (ONO), George Craig ketika ditemui sewaktu sesi temuramah bersama media di One World Hotel, Sabtu lalu.
Tambah George yang juga merupakan model jenama Burberry lagi, mereka sudah pernah bertemu dengan Tomok sebelum ini semasa Tomok terbang ke London untuk menjalani proses rakaman lagu dan muzik video lagu tema Coca-Cola, ‘Buka Semangat’ bersama mereka.
“Kami telah bertemunya sebelum ini. Memang seronok apabila dia datang ke London. Dia seorang yang fun untuk didekati dan kami teruja untuk berduet bersama Tomok esok (Ahad) dan berharap peminat di Malaysia teruja dengan persembahan kami meskipun dalam masa yang singkat,” ujar gitaris ONO, Mark Hayton.
Ditubuhkan pada tahun 2003, band kelahiran Helmsley, North Yorkshire yang hits dengan lagu ‘Just For Tonight’ ini berkunjung ke Malaysia untuk menjayakan ‘Konsert Semangat Inspirasi’ anjuran TV3 dengan kerjasama Coca-Cola yang berlangsung malam semalam di Bukit Kiara Equestrian Indoor Arena.
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét