Chủ Nhật, 4 tháng 12, 2011

Avril Lavigne & Deryck Whibley Rujuk Semula?

Khabar angin bertiup kencang mengatakan penyanyi Punk Rock, Avril Lavigne dan bekas suaminya Deryck Whibley, frontman Sum 41 khabarnya akan rujuk semula.

Gosip itu diperkukuhkan selepas melihat pasangan itu dilihat mesra ketika sedang menikmati makan malam di sebuah restoran Itali, West Hollywood.

Namun hakikatnya, makan malam tersebut adalah untuk meraikan kejayaan Sum 41 bercaya dinominasikan dalam kategori Hard Rock / Metal Terbaik di anugerah Grammy.

Makan malam berdua bukanlah sesuatu yang baru untuk pasangan bekas suami yang ‘ganjil’ ini memandangkan sebelum ini mereka pernah bercuti berdua di Saint-Tropez pada musim panas yang lalu.

Ketika ditemubual oleh Ryan Seacrest, Avril menjelaskan perhubungan ‘pelik’ dia dan bekas suaminya. Avril mengakui masih berkawan rapat dengan bekas suami yang dicerainya setahun lalu.

Bahkan, meskipun sudah bercerai, pasangan ini masih mengekalkan sikap profesional apabila Dercyk masih membantu dalam pembikinan album terbaru Avril, ‘Goodbye Lullaby’.

“Deryck merupakan kawan terbaik saya, kami masih bekerjasama dengan baik dan masih meneruskan hubungan persahabatan,” ujar Avril.

Avril mendirikan rumah tangga dengan Deryck pada Julai 2006 sebelum bercerai pada 16 November 2010. Avril kini sedang menjalinkan hubungan dengan adik tiri Kim Kardashian, Brody Jenner sejak tahun lalu lagi.

Brody dikatakan cool dengan hubungan baik yang masih terjalin antara Avril dan Deryck.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến