Chủ Nhật, 4 tháng 12, 2011

Angelina Jolie Kantoi Menciloklah Pula!

Tinggal tiga minggu saja lagi filem cereka pertama arahan artis berbibir seksi, Angelina Jolie, ‘In the Land of Blood and Honey’ ditayangkan, namun dalam pada debaran Angelina menantikan filem bertemakan cinta ditayangkan, dia kini berdepan dengan saman hak cipta daripada  seorang jurnalis Croatia, James J.Braddock.

Dipetik dari Radar, James mendakwa aktress berusia 36 tahun itu telah menciplak jalan cerita daripada artikel tulisannya yang telah siarkan pada tahun 2007 untuk dijadikan jalan cerita ‘In the Land of Blood and Honey’.

Filem arahan kedua Angelina selepas filem dokumentari, ‘A Place in Time’ ini mengisahkan tentang lelaki Serbia yang telah jatuh hati dengan wanita muslim Bosnia sehinggalah perang Bosnia yang tercetus pada 1992 telah memisahkan mereka.

“Filem ini secara spesifiknya bercerita tentang perang Bosnia, tetapi ia sebenarnya universal. Saya ingin menceritakantentang kisah bagaimana hubungan dan perlakuan manusia terjejas teruk kesan daripada hidup dalam peperangan,” ujar Angelina.

Antara persamaan yang terdapat dalam jalan cerita filem arahan Angelina dengan artikel tulisan James, dapat dilihat menerusi karekter wanita yang telah diperkosa dan didera oleh askar dan pegawai-pegawai Serbia semasa dalam kem. Malah wanita tersebut turut dijadikan hamba di ibu pejabat kem tersebut.

James meminta mahkamah menjatuhkan saman atas kerugian yang dialaminya selain menyebut GK Films serta beberapa individu lain yang turut terlibat dalam kes saman tersebut.


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến