Sebelum ini, ada beberapa laman gosip tempatan yang mengatakan bahawa penulis asal novel “Ombak Rindu” yang diterjemahkan ke filem tidak mendapat bayaran yang setimpal walaupun hari ke-6 filem ditayangkan, walaupun sudah mengaut lebih RM5 Juta.
Pagi tadi, pihak penerbit eksekutif untuk novel “Ombak Rindu” hasil karya Fauziah Ashari telah mengadakan sidang akhbar memaklumkan strategi dan tujuan asal mereka memberikan projek adaptasi filem ini kepada Tarantella Pictures.
Strategi asal Alaf 21 sebenarnya adalah untuk melariskan kembali penjualan buku-buku novel hasil keluaran mereka dan dengan memberikan hak untuk novel “Ombak Rindu” di adaptasi ke sebuah filem, ia mampu meningkatkan penjualan novel yang semakin merundum sebelum ini.
Sebagai penerbit eksklusif, Alaf 21 yang mempunyai banyak produk di pasaran sebenarnya hanya menerima RM4,000 daripada produksi Tarantella Pictures untuk mengadaptasi novel ini kepada sebuah filem.
“Kami hanya menerima RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus daripadanya yang berjumlah RM1,600 telah kami berikan kepada Fauziah Ashari.”
Alaf 21 turut menyatakan rasa kecewa mereka dengan penulis asal novel “Ombak Rindu” ini yang dikatakan tidak bersyukur.
“Kami sudah mencetak kembali lebih 40 ribu naskah novel “Ombak Rindu” dan setengah daripadanya sudah habis dijual. Jika cetakan yang ke-24 ini habis terjual di pasaran, Fauziah akan menerima lagi RM50,000 royalti dari Alaf 21 selepas ini.”
OHBULAN! : Mungkin ini salah satu lagi kontroversi yang sengaja ditimbulkan untuk melariskan jualan novel “Ombak Rindu” dan jumlah penonton di pawagam. Siapa tahu, kan?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét